PEMERHATI / RAKAN2

Wednesday, August 27, 2008

Sidang akhbar Anwar-malaysiakini

Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diisytiharkan memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, menjadi agak kecoh kerana sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pengawal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.

Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.

anwar pc permatang pauh 01 260808Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.

Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.

Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.

'Kawasan larangan'

Sebaliknya, para pegawai SPR berkeras mengatakan sidang akhbar tidak dibenar diadakan di situ walaupun dewan berkenaan merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.Pada masa lalu, seperti sewaktu pilihanraya umum 2004 dan 2008, sidang akhbar dibenar diadakan di dewan perjumlahan undi, selepas keputusan diumumkan.

Ketika menutup pintu dewan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, beliau terpaksa melarang bukan kakitangan SPR berada di situ, kerana dewan tersebut masih merupakan kawasan larangan kerana kotak-kotak undi ditempatkan di situ.
Sebelum itu, kira-kira 500 orang, termasuk pemimpin parti politik dan media, berada di dewan tersebut untuk mengikuti pengumuman keputusan pilihanraya kecil tersebut.Ekoran tindakan SPR itu, kumpulan wartawan berkenaan terpaksa keluar dan sidang akhbar kemudiannya diadakan di luar dewan tersebut.

Kemudian timbul masalah baru dengan pengawal peribadi Anwar ketika para wartawan mahu menghampiri penasihat PKR itu untuk mendapatkan komennya.Malah, sidang akhbar tersebut berjalan dengan diawasi ketat oleh para pengawal peribadi Anwar.

GAMBAR2 SEKITAR PERMATANG PAUH

No comments:


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.