PEMERHATI / RAKAN2

Saturday, August 9, 2008

Rumah Shahrizat dilontar bom api-MALAYSIAKINI

Polis menemui dua bom api di kediaman Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di Kuala Lumpur pagi ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Ahmad Bhari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan menerima laporan mengenainya pada jam 7.10 pagi.
Katanya, siasatan awal polis mendapati bom api itu dipercayai dilontar dari luar pagar rumah banglo Shahrizat oleh dua lelaki tidak dikenali dan jatuh di tempat letak kereta rumah itu pada kira-kira jam 3 pagi ini.

"Pengawal keselamatan di rumah itu terdengar bunyi letupan kecil dan hasil pemeriksaan mendapati dua bom petrol itu, dengan satu daripadanya pecah, dan mengandungi sekeping nota.
"Polis menemui kesan bakar yang kecil serta serpihan kaca," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini tanpa mengulas lanjut kandungan nota berkenaan.
LAGI

3 comments:

Anonymous said...

Bom C4 ker Bom biaser ?

Anonymous said...

Nak juga Tahu kan

Nostradamus said...

Q10. ISA is needed because prevention is better than cure. (Fact or Fiction)
ISA diperlukan kerana pencegahan lebih baik daripada berubat kemudian. (Fakta atau Rekaan)

Q44. Little Napoleons are the ones ruling Malaysians. (True or False)
“Little Napoleons” sebenarnya yang memerintah rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)

Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.