Kerajaan bersungguh kempen pasang bendera.Rakyat tak nak pasang.Apa dah jadi?Jadinya kerajaan yang patriotik.Rakyat nak di kira apa?Penderhaka !
Apa sudah jadi dengan MALAYSIA.
MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA ?
Mesej Kemerdekaan, Anwar dakwa Perlembagaan diperlekeh
"Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan.
"Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa.
"Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini," kata beliau dalam blognya hari ini.
Anwar yang menggunakan tema "Merdeka" ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah menjadi tanggungjawab rakyat sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini manakala keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh.
"Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.
Tambah sejak 31 Ogos 1957, rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan."Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa," katanya.
"Selama 51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
"Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia," kata beliau dan menambah, namun genap 51 tahun merdeka rakyat sekali lagi berada di persimpangan.
"Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka," katanya-mstar

Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.Sisi-sisi reka bentuk itu juga lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

Gambar anak pemimpin negara yang tidak begitu elok sedangkan bapanya melaungkan tentang pendidikan moral dan pendidikan anak bangsa.
Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.
Katanya, daripada jumlah 13 orang itu, dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Beliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.
Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu."Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA," katanya
