PEMERHATI / RAKAN2

Tuesday, August 12, 2008

Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan


PAS boleh menyesuaikan agenda Islamnya dalam kerjasama bersama Pakatan Rakyat seperti DAP berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

"Rakan kita dalam DAP (pula) memperjuangkan rakyat keseluruhannya. Dan ini (Pakatan) merupakan platform bersama," katanya, mengulas amaran Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika gabungan itu gagal melaksanakan idealisme Islam di peringkat persekutuan.

seterusnya

SUB-
JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB TARIK DIRI - 2

 (ARTIKEL INI adalah bermaksud memberi penjelasan kepada semua respon terhadap artikel saya sebelum ini. juga sebagai penjelasan kepada artikel abang raja )

Saya mendapat maklum balas dalam bentuk pro dan kontra dalam isu yang di kemukakan . Sikap saya terhadap khilaf ini adalah positif selama ia berlangsung dibawah pengaruh ilmu ( nas ) dan adab ikhtilaf . Semoga Allah swt. memberi petunjuk dan kekuatan kepada hambanya yang ikhlas berjuang.Ada beberapa perkara yang perlu saya buat penegasan semula terhadap artikel saya sebelum ini yang bertajuk : “ Cadangan : Jika Islam Tidak Dominan PAS Wajib Menarik Diri ” bagi menjernihkan beberapa kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan .

1. Sebahagian meminta agar PAS terlebih dahulu memberi peluang kepada PAKATAN untuk membentuk kerajaan . Apa yang penting ialah menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN.

Perenggan ketiga kenyataan saya dalam artikel sebelum ini telah menjelaskan maksud saya untuk menjatuhkan Kerajaan zalim dan kejam UMNO dan BN. Persoalan ini tidak berbangkit malah saya sangat bersetuju kerajaan UMNO dan BN ditumbangkan .

bersambung kemuka2

SUB-2:Wujud hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Anwar

4 comments:

Anonymous said...

Susah-susah bagi BN terus memerintah.belum apa-apa kalut tak sudah

Anonymous said...

percayalah, kalau mcm ini keadaannya, PAS tak akan dapat perintah Malaysia...tak sabar..

Dalam masyarakat majmuk, kita kena pikir bangsa yang lain yang ada di Malaysia...

malayamuda said...
This comment has been removed by the author.
malayamuda said...

Parti fanatik seperti UMNO dan PAS sepatutnya mempunyai gabungan sendiri supaya dapat menganalisis sendiri sokongan dari golongan fanatik/ perkauman.

Jangan sembunyi dibelakang muka parti moderate seperti MCA/MIC/DAP/PKR


Setiap artikel yang ditulis adalah di bawah tanggungjawab penulis.
Bagaimanapun artikel yang dicopy dari sumber lain, bukanlah tanggungjawab penulis.
Ianya sekadar satu perkongsian maklumat atau bahan untuk ditimbang dan dikaji kebenarannya.